selamat datang di blog bebel

BERAPA DETIKKAH DALAM SETAHUN KAMU MENGINGAT TENTANG "HARI PEMBALASAN" YANG PASTI AKAN TERJADI ???



LAILLAHAILALLAH .. :))





MANFAAT AYAT KURSI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum w.b.t

Wahai Umat Islam yang dikasihi sekalian......

Ayat kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah, menurut sebuah
riwayat ketika ayat kursi diturunkan, ianya disertai dengan beribu-ribu
malaikat sebagai pengiring, kerana kebesaran dan kemuliannya pada masa
itu Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang
menjadi perintang dalam perjuangannya. Rasulullah s.a.w. segera
memerintahkan kepada penulis Al Quran iaitu Zaid Tsabit agar segera
menulis dan menyebarkannya.

Dan terdapat 95 buah hadith yang menjelaskan fadhilat ayat kursi, ayat ini
disebut ayat kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan kursi, ertinya
tempat duduk Allah s.w.t., tetapi adalah kursi itu syiar atas kebesaran
Allah s.w.t.

Allah s.w.t. menjadikan kursi meliputi tujuh lapis langit dan bumi.
Kebesaran tujuh lapis langit dan bumi dibandingkan dengan kebesaran kursi
adalah umpama serumpun pohon di tengah padang pasir yang luas, disamping
kiri dan kanan kursi yang megah itu dijadi pula beribu-ribu kursi kecil
untuk menambah keindahan dan kemegahannya. Pada tiap-tiap kursi itu duduk
malaikat yang membaca ayat kursi dan malaikat menulis pahala orang yang
membaca ayat kursi itu.

Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan khusyuk sekali setelah selesai
sembahyang fardhu, setiap pagi petang, setiap kali keluar masuk ke pasar,
setiap kali hendak masuk tidur dan pergi musafir. InsyaAllah ia akan
mengamankan
kita dari godaan syaitan dan kejahatan manusia dan kejahatan
binatang-binatang yang memudaratkan, terpelihara dirinya, keluarganya,
anak-anaknya, harta bendanya dengan izin Allah s.w.t.

Terdapat keterangan dalam kitab Asrarul Mufidah, bahawa sesiapa yang
mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali,
insyaAllah dia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai
hikmat, dimudahkan rezekinya dan dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya
pengaruh sehingga orang menghormatinya dan dipelihara ia oleh Allah s.w.t.
dari segala bencana.

Syeikh Abul Abbas Al Bunni menerangkan : Sesiapa yang membaca ayat kursi
sebanyak 50 kali, kemudian ditiupkan pada air hujan kemudian ia
meminumnya, maka insyaAllah Allah s.w.t. akan mencerdaskan akalnya dan
memudahkannya faham pada pelajaran yang dipelajarinya.

Sesiapa yang membaca ayat kursi sesudah sembahyang fardhu, Allah s.w.t.
akan mengampuni dosanya dan sesiapa yang membaca ayat kursi sewaktu ia
hendak tidur maka dengan izin Allah ia akan terpelihara dari gangguan
syaitan. Dan sesiapa yang membaca di waktu ia marah maka akan hilanglah rasa
marahnya.